Pages

Wednesday, 4 January 2017

Al-Fatihah.

Assalamualaikum, hye everyone! Lama tak update blogggg 🙆 I am so sorry for not updating my blog guysss 🙏🙏

Khamis lepas aku kehilangan salah seorang ahli keluarga aku yang kami sekeluarga tak sangka dan tak duga. Tergerak hati aku untuk telefon ayah aku yang ketika itu aku di Lendu dan apabila ayah aku bilang "along tenat". Aku terus tersentak lalu lari mencari rakan karibku dan air mata aku mengalir dengan laju tanpa henti. Aku terus membuat panggilan menghubungi kakak aku dan kakak aku juga cakap perkataan yang sama. Hanya Allah s.w.t sahaja dapat memahami perasaan kami sekeluarga ketika itu. Panik, takut dan sebagainya. Perasaan yang tak boleh disembunyi lagi. Iaitu menangis dan bersedih. 
Waktu itu aku hanya mampu menangis sambil recite yaassin untuk arwah. Tersedu sedu aku membaca. Bengkak mataku. Bayangkan aku tak makan langsung waktu itu, dapat berita itu. Allahu. Selesai aku membaca yaassin, aku menjawab panggilan dari kakak aku. Kakak aku hanya mampu cakap "tira along takde dah". Hanya Allah s.w.t sahaja tahu bagaimana perasaan aku waktu itu. Kacau fikiran aku. Sedih. Sebak. Dan sebagainya aku tidak tahu macam mana nak ungkapkan lagi. 
Mujur aku ada roommates yang baik diorang dua yang tenangkan aku waktu itu. Bagi kata kata semangat dan sebagainya. Selepas mendapat panggilan dari akak aku bahawa arwah telah pergi buat selamanya, aku teringat kenangan kami adik beradik. Arwah yang menjaga aku dari 6 bulan hingga aku masuk tadika. Aku sangat clingy dengan arwah sampai dia lah yang pakai kan tudung aku nak ke sekolah agama. Allahu. Rindu sebak didada mengingatkan kenangan lalu. 

Arwah meninggalkan 3 anak lelaki dan suami. Seorang darjah 2, seorang darjah 1 dan seorang 4 tahun. "mama mana?" tersentak hati aku lalu menangis mendengar ayat itu dari anak arwah yang berusia 4 tahun itu . Iya memang sedih. Tapi Allah s.w.t lagi sayangkan arwah. Semoga arwah tenang di sana. Semoga Allah s.w.t melindungi beliau di sana. Amin. Al-Fatihah Norhayanti Binti Sulaiman. 

No comments:

Post a Comment