Pages

Saturday, 4 July 2015

BRT Sunway - USJ7

Hi, Assalamualaikum! 

Raya nak dekat dah kan?!! Dah buat persiapan raya belum ni!! Okay sorry eksaited terlebih extreme (pale hangguk haku) huhu. Lagi berapa hari je kan nak raya? Hadik hadik abang abang hakak hakak eksaited tak!!! Jangan yang tak puasa tu yang eksaited terlebih sudah ye aku pantang betul dengan orang yang tak puasa dengan takde sebab dan sengaja ni eloknya meh aku kasi penginapan kat tanah perkuburan isam 2hari 1malam ke nak lebih?!!! okbai. 

Last month ( kot ) yang aku gi naik BRT kat Subang Jaya well rumah sangat teramat dekat kan so why not huhu anddd yang paling best nyaaaa tambang percuma weh dua bulan!! Sape tak suka percuma kan ? hihi jangan menyesal tak naik okay. Sangat bagus service dia cewah sebab bas dia tak lama pun kena tunggu kau amik coin, tunggu kat kerusi seminit kemuadian bas sampai. TAK KE BEST TU!!! Aku cadangkan orang yang suka gi kerja lambat naiklah bas ni okay? okay??!! okdah.

Tapi, TAPI laluan BRT ni hanya untuk laluan Sunway - USJ7 sahaja. SAHAJA. Sunway as in Sunway Mentari Court, Sunway pyramid, dan paling best nya kan lah untuk students Monash University korang kalau naik bas ni korang memang aka turun kat betul betul depan college korang (haih untungnya!!) oh sama gak dengan Sunway University. Bagi aku baguslah pelancaran BRT ni sebab kau boleh elakkan kesesakan lalu lintas di jalan raya, kurangkan asap kereta kan apa semua, kurangkan kemalangan jalan raya. Banyak ah kebaikan BRT ni. BANYAK!! 

(terasa annoying pulak atas kebanyakan tanda seru di setiap ayat.. Hm busuk.) 
Oklah aku malas nak cerita lebih baik korang gi naik sendiri BRT ni stesen utama dia kalau korang duduk area shah alam, subang jaya korang just naik je kat USJ7 punya stesen oh dan ada lagi benda menarik! Ada perkhidmatan bas selangor percuma weh kat area USJ ni! Makin gatal lah kaki aku untuk berjalan lepasni hihi paling best sekali lagi adalah.... *drum rolls* FREE WIFI! So senanglah lepasni agak agak husband ke pakwe ke ma ayah tanya kau katne if kau takde mobile data, Wifi BRT ada! huhu













No comments:

Post a Comment