Pages

Friday, 22 May 2015

Kau, Restu dan Keluarga?

Hi, Assalamualaikum! 

Harini kerja (part time tgh tunggu rayuan ipta hihi) rasa relax sangat sebab 6 jam tak buat apa. Kau bayangkan 6 jam aku tak buat apa selain bernafas, membebel, makan, gi tandas, minum & main phone. Lulz! Memang pishang lah aku hahahah. Okay masa aku tengah ber-pishang selama 6 jam kat office aku, aku terpikir adakah aku akan dapat rayuan upu tu? Adakah aku akan dapat memakai topi berbulu empat segi tu mcm kakak-kakak aku pakai? Aku pernah terpikir semua benda tu. Adakah aku akan dapat banggakan parents aku macam mana kakak-kakak aku banggakan diorang? Wallahualam. 

Kadang-kadang aku sedih dengan diri aku sendiri. Aku selalu cakap kat diri aku "Apa kau buat ni tira? Kau padani takat UPSR je tu pun kau dapat 2A. PMR SPM kau takde A (aku ni jujur sikit so tak kisah reveals results aku)" Ada pernah satu tahap tu aku penah nak give up belajar. Tapi aku pikir balik. Mak Ayah aku dah sacrificed semua benda kat aku untuk belajar. Kenapa aku mengada-ngada nak menghampakan diorang kan? Walaupun diorang tk pernah tanya "camne belajar?" "apa cikgu ajar?" Tapi diorang kisah pasal hari yang menentukan kejayaan kau iaitu UPSR, PMR, SPM. 

Jujur aku katakan aku bukan jenis yang nak spm ke apa aku gi belajar gila gila (sebab tu takde A kot kahkah!) sebab aku jenis "hm kejaplah lek jap" pastu bila dah hari kemuncak baru kau tahu tandas jauh ke dekat (takde kena mengena en kah!) Ini pengajaran untuk diri aku sendiri. Bila belajar main-main mentang mentang ayah dah belikan aku smartphone lah kan. Tu yang bangang sikit hahahaha mungkinlah hahahahahah

Okay bila turn nak isi borang upu je aku ikut kata parents dan family aku. Sebab mungkin itu yang terbaik untuk diri aku dan malangnya aku tak dapat intake pertama cis! hahahah takde rezeki. Aku bukan tak kisah cuma aku macam "padanlah muka kau tira. results camtu kau igt senang nak dpt?" ha aku selalu cakap mcm tu kat diri sendiri. Biar aku beringat sikit. Tapi tak pernah beringat sampai sekarang. Okay family aku ni cerewet sikit bab belajar. Kalau diorang nak aku masuk benda ni, diorang akan usaha gak sampai aku masuk pelik en? Tapi taktau lah skrg ni apa tindakan diorang utk aku yang degil ni. 

Memang betul orang kata keputusan atau tindakan ibu bapa memang terbaik untuk diri kita. Tapi kalau dah selalu sangat ikut, we hve our own decisions. Aku bukan nak ajar korang jadi rude. NO eh jangan salah paham. Our parents pun kena paham kemahuan dan kehendak diri kita. Betul tak? Kita pun kena paham diorang jugak. Kalau rasa apa yang diorang nak kita buat tu benda yang boleh buat kita turn out jadi diri sendiri why not kan just follow them? Kalau benda tu tak mendatangkan apa apa kat kita, slow talk with them i think it helps. Kalau tidak pun, ajak arrr lepak starbucks kerrrr mcd kerrrr you can table talk with them kan? 

I really hope this helps. I just shared my thoughts with yguys. What has been in my mind. Ketahuilah korang sesungguhnya restu mak ayah adalah penting dalam semua aspek. Sama ada kahwin (bestnya kahwin, awak jom kahwin! lulz" atau belajar, atau kerja.Nak mencapai sesuatu kejayaan kalau tak mendapat restu mak ayah pun tak guna jugak. Kalau tak suka apa mereka tentukan, you just can slow talk with them. Talk with nicely. NOT RUDE-LY. Kalau ikut apa diorang nak, tapi korang buat dalam keadaan terpaksa atau membentak pun takleh gak kan? So think about it ;) (sorry takde emoji iphone sbb aku masih hidup dalam dunia keyboard laptop)

Salam, Atira x

No comments:

Post a Comment