Pages

Monday, 25 May 2015

Festival Belia Putrajaya 2k15

Hi, Assalamualaikum!

Hari sabtu yang lepas seawal jam 6pagi haku bangkit! untuk ke Festival Belia Putrajaya 2k15 (padahal rumah tak jauh pun dgn benda alah tu) kena lah bangun awal sebab takut mata bengkak kalau kot kot yelah terserempak dgn pakwe handsome mata kau bengkak mcm kau baru lepas nangis putus cinta apa ke gila tu kah! Takdelah bangun awal pun sebab ayah aku bertugas masa Hari Belia tu under TNB yang Karnival Kerjaya untuk semua fresh-graduate giteww so aku pun kena ikut ayah aku dan oh! teman akak aku cari kerja kat situ sekali. Zaman sekarang memang mudah untuk cari kerja. Cuma nak taknak je betul tak? Kemudahan apa semua dah ada toksah kau susah-susah beli sorat khabor pastu marker pen merah utk bulatkan kerja kosong semua tu kan? Sekarang kau senang je kalau nak kerja. Followers instagram kena byk pastu buat review bayar kena beriban hiks! Okay gurau je. Kau nak cari kerja online pun boleh apa gunanya jobstreet betoi dak?

Okay panjangnya mukadimah. 

Hari sabtu tu cam biasalah sampai Putrajaya kul 8 30 benda tu pun tak start apa lagi hahahahhahahaha cuma aku nampak ada orang dah set-up booth apa semua. Gigihnya! Okay pastu amik cousin aku kat pintu masuk Hari Belia apa semua dlm kul 10 gak kitorg jenjalan. Masuk booth itu ini main congkak (setelah berzaman tak main) nasib baik ada akak tu tolong ajar. Akak congkak, I love you. (gay sikit) Bagus lah Hari Belia ni bagi aku sebab ada mainan traditional yang budak sekarang ni taktau. Budak skrg ni lahir lahir dah ada instagram, pegang ipad. eh! Ada manfaat kalau kita perkenalkan warisan budaya atau mainan tradisi zaman tok nenek kita dulu. Betul dak? Okay lepas kalah main congkak dgn akak aku, cis! Kitorang gi lah jenguk makanan kat booth FOOD. Siap ada lampu menyala ha kerlas ko! Kat booth makanan biasalah, kau akan jumpa semua makanan minuman hipster yang luaran packaging mmg boek ah serious lawa taraf 5 bintang sekali beli harga dia tak setaraf masakan dia. ITU NORMAL. 

And next. Kul 3 camtu ada live performance from indie band kesukaan aku!! Which is, Salammusik. Omg weh korang tahu tak bukan main semangat aku berlari kearah pentas utama tu semata mata nak tengok diorang nyanyi LIVE. FREE KOT SIAPA TAK EXCITED KAN. Sampai je kat situ diorang baru habis nyanyi satu lagu and thank god diorang tak nyanyi lagu fav aku lagi iaitu Terima Kasih, Aku Pelat, Alamak. Ni memang fav gila ah reggae abis! 


Okay dalam gambar memang nampak jauh tapi aku tengok diorang dekat okay deeeeepaaaaannnnn jugak leerrr


(this trumpet guy is sick do. Aku takleh alih pandangan dprd dia sebab damn he's so good. Lu idola wa jaz!)


(ezah's voice is damn fine good i cant find any malay woman rappers selain dia. Well done Ezah.)

Done with the concert's photos. Kah! Okay lepas dah ber-reggae mesti haus gila kan? Panas nak mati cuaca haritu zzzz kitorang pergilah berjalan-jalan kat booth beli air apa semua and I can say that all the prices are reasoneable! 


(rm3)


(rm4)


(the most refreshing juices i've ever had! rm5)





No comments:

Post a Comment